3 Cara Elakkan Demam Kuning Pada Baby Semasa Hamil.

Demam kuning bukan masalah baru dikalangan baby yang baru lahir. Mengikut statistik, lebih 60% baby menghidap demam kuning selepas dua atau tiga hari dilahirkan. Manakala, 80% daripada baby yang tidak cukup bulan menghidap sakit kuning lima atau enam hari selepas dilahirkan.

Bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah yang dinamakan bilirubin terdapat pada darah baby. Apabila darah bayi mengandugi bilirubin yang tinggi maka baby juga berpotensi untuk mendapat demam kuning. Hati baby masih belum matang untuk menapis atau memetabolismekan lebihan bilirubin ini. Semakin tinggi bilirubin yang dihasilkan, semakin banyak warna kuning merebak daripada kepala seterusnya ke abdomen.

Maka wajarlah para ibu mengambil langkah pencegahan seawal waktu mengandung.

Elakkan bersalin awal

baby

Kelahiran baby yang lahir sebelum 34 minggu berisiko tinggi untuk dapat penyakit kuning. Oleh demikian, para ibu perlu melakukan pekara dibawah untuk elak bersalin awal.

  • Elakkan pencemaran bahan kimia seperti tembakau, arak, dadah, ubat daripada bahan kimia serta pencemaran boleh menyebabkan bersalin awal daripada waktunya. Bayi yang belum cukup bulan berisiko untuk mendapat sakit kuning.
  • Stress antara penyebab kelahiran baby pra-matang. Jadi, sentiasa tenangkan diri.
  • Pastikan tidak terdedah pada penyakit berjangkit seperti herpes, syphilis yang boleh menyebabkan kelahiran baby pra-matang.

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat Tinggi

baby

Makanan yang berkhasiat tinggi seperti kurma, susu kambing, madu lebah, buah delima, adalah antara makanan yang sangat disarankan dimakan sepanjang kehamilan.

Makanan sebegini mempunyai khasiat nilai khasiat yang amat tinggi dan terbukti mampu menghindarkan bayi dan ibu daripada sebarang penyakit semasa menghampiri proses bersalin.

baby

Bersedia Untuk Menyusu Badan Untuk Baby

Seawal kelahiran baby, segera lah memberi susu badan pada baby kerana ia dapat mengelakkan bayi terkena demam kuning. Buat persediaan supaya para ibu lebih yakin untuk memberi susu badan kepada baby. Walaupun ia kedengaran remeh, percayalah proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Ia sebenarnya memerlukan persediaan mental dan fizikal, terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.

Ada ibu yang akan menghadapi masalah puting susu tersumbat, payudara bengkak, sehingga ada yang sampai demam. Apabila badan baby semakin mendapat nutrisi dan berat yang stabil, hatinya dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya menentang lebihan bilirubin.

baby

Menghadapi kekurangan susu dalam badan? Kini tidak lagi anda boleh menyelesaikan masalah dengan satu penyelesaian iaitu Mom Boster dari produk YouBaby.

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?