Terlalu Kerap Muntah & Loya? Mari Cuba 4 Tips Kurangkan Loya!

Asyik muntah saja ketika mengandung? apa boleh buat? Risau juga nak ambil ubat sebarangan! Tak mengapa YouBaby kan ada! Mari cuba Mom Booster dari Produk YouBaby. Macam-macam kelebihan yang ada terutamanya membantu masalah keletihan, lesu, mual, dan kurang susu dibadan.

Mengalami rasa loya ketika ibu-ibu mengandung memang kerap yang dialami oleh ibu hamil. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa semuanya berlaku dan jika ada cara mendapatkan kelegaan dari alahan ini. Justeru itu, loya ketika mengandung adalah sangat biasa dan sebeenarnya normal. Mungkin anda tidak tahu muntah juga menjadi tanda hormon kehamilan menjalani dengan baik?

4 Tips Kurangkan Loya

Elakkan Tekanan

4 tips kurangkan loya

Tekanan ini boleh membuatkan alahan anda lebih teruk. Sekiranya anda terlalu tertekan, cuba kurangkan kerja dirumah dan membahagikan masa dengan lebih efektif. Luangkan sedikit masa untuk anda berehat santai dan hilangkan stress anda setiap hari. Anda juga boleh duduk berehat sambil menumpukan perhatian dikaca televisyen ( TV ) dan menghilangkan pemikiran negatif.

Perbanyakkan Minum Air

Pengambilan air amat digalakkan buat ibu mengandung, ia juga dapat membantu sepanjang anda mengandung. Tetapkan untuk minum sekurang-kurang 6 hingga 8 cawan air yang tidak berkafien setiap hari.

Elakkan minum minuman air manis atau sejuk. Dan juga elakkan alkohol kerana tidak baik untuk baby malah menyebabkan morning sickness semakin teruk!

Pilih Makanan Yang Betul

Elakkan makanan yang membuatkan anda rasa loya. Pemilihan makanan juga sangat penting bagi ibu, maka elakkan makanan yang berminyak, berlemak dan juga pedas.

Wal hal, anda haruslah memlilih makanan yang tinggi kandungannya, seperti protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna. Makanan pilihan terbaik seperti pisang, beras, keropok, epal dan roti bakar.

Selain itu, pengambilan makanan masin juga boleh membantu dan juga makanan yang mengandungi halia.

Makan Dalam Kuantiti Yang Kecil Tetapi ke

Jika anda tahu, perut kosong juga boleh membuatkan anda rasa loya lebih teruk, maka pastikan anda makan awal dan tepat pada waktunya. Anda juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang terlalu banyak yang membolehkan perut anda terlalu kenyang.

Para ibu disarankan memilih makanan dalam kuantiti yang kecil dan makan secara kerap. Makan secara perlahan-lahan dan ambil sedikit masa untuk mengunyah makanan anda.

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?