5 Tips Ibu Mengekalkan Susu Badan Semasa Berpuasa

“Risau lah masa berpuasa nanti kurang susu dalam badan. Nanti mesti selalu haus dan cepat lapar, larat ke nak puasa nanti”

Menurut Fighmedic, penyelidikan yang telah dijalankan mununjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Oleh itu, secara automatiknya badan wanita yang menyusukan baby akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu.

Para ibu boleh mengikut beberapa tips yang boleh dilakukan oleh ibu menyusu sepanjang bulan Ramadhan agar bekalan susu sentiasa berkualiti dan mencukupi.

1. Susu Minum Air Secukupnya

Pemakanan dan pengambilan air sangat lah penting. Ia dapat membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan baik sekaligus memastikan kelancaran proses penghadaman, pencernaan makanan serta penghasilan susu badan.

Dalam kalangan ibu mesti ada yang terfikir, bila masalah nak cukupkan 8 gelas sehari kalau berpuasa bukan? Para ibu boleh rujuk carta dibawah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seboleh-bolehnya, ibu menyusu boleh minum setiap 1 jam di luar waktu berpuasa. Sediakan juga segelas air bagi setiap kali sebelum dan selepas mengepam.

Susu

2. Tukar Kuih Kepada Buah Atau Snek Sihat

Kalau ibu-ibu diluar sana sering berbuka dengan juadah seperti kuih-muih, seeloknya tukar kepada buah-buahan. Buah-buahan adalah sumber vitamin C dan serat yang penting untuk ibu menyusu.

Untuk snek sihat atau kudapan pula, sediakan stok kismis, kekacang atau kurma sebanyak mungkin. Dengan itu, secara tidak langsung dapat mengawal nafsu makan serta menjaga berat badan tanpa menjejaskan penghasilan susu.

Susu

3. Makan Protein dan Karbohidrat Kompleks

Pengambilan makanan yang tinggi protein seperti ikan semasa berbuka ataupun sahur boleh menghindari masalah low milk supply ketika berpuasa. Tetapi jikalau tidak sempat memasak macam-macam, boleh amalkan pengambilan telur sebagai salah satu sumber protein yang paling mudah untuk disediakan. Ia juga kaya dengan asid lemak Omega 3.

Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, ibu juga digalakkan mengambil lebih banyak karbohidrat seperti kacang, biji-bijian, oat, sayuran hijau dan pasta, kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang hari berbanding makanan lain.

susu

4. Lewatkan Bersahur

Lambatkan waktu bersahur supaya ibu tidak terlalu cepat berasa lapar disiang hari. Bagi ibu yang ada anak , mungkin boleh sediakan makanan lebih awal pada waktu malam supaya tidak tidak terkejar-kejar pada waktu sahur.

Salah satu resepi atau menu yang senang untuk buat dan cukup berkhasiat yang mudah untuk disediakan untuk ibu mengandung adalah jus kurma susu.

susu

5. Pam Dengan Konsisten

Sebenarnya, lebih banyak baby menyusu, lebih banyak ibunya menghasilkan susu. Ia dipanggil faktor ‘rangsangan hisapan’. Jika ibu yang berkerja, ibu mesti tetap patuhi jadual mengepam seperti biasa supaya sentiasa ada demand terhadap susu ibu. Bila ada demand, adalah supply. Jikalau ibu berasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, cuba mengepam pada waktu malam.

Dalam kesibukan bersahur, jangan lupa untuk mengepam kerana pada waktu tersebut kadar hormon prolaktin tinggi. Maka kuantiti susu juga lebih banyak berbanding waktu lainnya.

susu

Selain itu, Ibu yang menghadapi masalah kurang susu dalam badan boleh mengamalkan pengambilan MomBooster.

Sumber : https://siraplimau.com/tips-banyakkan-susu-badan-berpuasa/

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?