6 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir Ibu Bapa Perlu Tahu

Penjagaan Bayi

Terdapat banyak pengajaran yang boleh dipelajari, daripada cara menyesuaikan diri dengan jadual baharu kepada cara penjagaan bayi pertama dalam keluarga. Mudah-mudahan, 6 tips penjaagaan bayi baru lahir yang diberikan akan membantu anda merasai pengalaman baharu ini tanpa merasa tekanan atau pening.

6 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir Dirumah

1. Kulit

Penjagaan bayi baru lahir terutamanya bayi pertama adalah penting memandikan bayi anda. Anda boleh mandikan bayi anda sekali sehari menggunakan tuala basah atau di tab mandi. Pastikan air yang digunakan dalam keadaan suam.

2. Rambut dan kulit kepala

Penjagaan kulit kepala adalah sangat penting bagi bayi kerana ia akan membentuk tumbesaran ketika mereka dewasa. Apabila mencuci rambut bayi pastikan menggunakan syampu khas untuk bayi sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Gosok rambut bayi dengan perlahan dan bilas hingga bersih dengan tangan. Jika anda lihat kebanyakkan bayi mempunyai kulit kepala berkerak, ianya adalah normal bagi bayi. Kerak ini boleh dibersihkan dengan baby serum.

3. Mata

Pada Bahagian mata pula, anda boleh membersihkan kotoran atau tahi mata dengan menggunakan kapas atau cotton bud yang sudah dibasahkan. Sapu arah dalam ke luar. Dan ganti kapas baru untuk membersihkan mata lagi satu.

4. Hidung dan Telinga

Jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar, anda boleh bersihkan pada bahagian luar sahaja. Sama juga pada bahagian telinga. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.

5. Tali Pusat

Pada bahagian tali pusat kebiasaannya akan terputus apabila selepas satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas itu, anda boleh membersihkan kotoran dengan baby oil. Jika tali pusat terkena air semasa mandi, hendaklah dikeringkan dengan kapas atau kain bersih, jika tidak dikuatiri terkena jangkitan. Oleh itu, anda perlu teliti semasa mandikan bayi anda.

6. Punggung

Pada bahagian punggung bayi adalah kawasan yang paling sensitif kerana ruam akan muncul di kawasan tersebut. Adalah baiknya jika anda mencegah munculnya ruam dengan mengeringkan punggung bayi. Anda juga boleh menggunakan diaper cream atau baby cream selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.

Sekiranya punggung bayi anda mempunyai ruam, anda boleh jemur bayi anda di waktu pagi pada posisi menyiarap di pangkuan anda.

8 Penjagaan Bayi Baru Lahir : https://my.theasianparent.com/penjagaan-bayi-baru-lahir

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?