8 Cara Mengatasi Hidung Baby Tersumbat

Hidung Baby Tersumbat

Tentunya baby akan tidak selasa jika hidungnya tersumbat. Juga berasa sukar ketika minum susu dan tidur sekaligus menyebabkan mereka meragam dan ibu bapa semestinya bimbang dan tidak dapat tidur malam. Anda juga boleh dapatkan Cream YouBaby untuk penjagaan baby sepanjang perjalanan balik ke kampung, Jom dapatkan sekarang! Jom kita lihat tentang cara-cara melegakan hidung tersumbat baby anda.

1. Gunakan Bilasan Air Garam / Saline

Hidung Baby Tersumbat

Titisan air garam atau semburan yang juga dipanggil bilasan saline ini boleh mencairkan hingus atau lendiran dalam hidung baby. Ini memudahkan lendiran yang menyumbat hidung bayi keluar dan melegakan pernafasan baby.

Semburan atau titisan ini boleh didapati di farmasi, elakkan membuatnya sendiri kerana khuatir bancuhan anda buat tidak cukup bersih atau tidak sesuai. Pastikan anda membaca risalah panduan penggunaan sebelum menggunakannya pada baby anda. Anda juga boleh menggunakan alat penyedut selepas menggunakan cecair bilasan saline ini bagi membersihkan lendiran di dalam hidung baby.

2. Alat Sedutan Lendir

Hidung Baby Tersumbat

Alat sedutan lendir boleh dapatkan di mana-mana farmasi atau kedai peralatan baby. Cara penggunakan alat ini sangat mudah. Namun ia bergantung kepada jenisnya. Baca risalah panduan cara penggunaan alat sebelum menggunakannya pada baby.

Kebiasaannya, alat ini digunakan dengan memicit alat pam sebelum memasukkan corong kecil ke hidung baby. Pastikan tidak terlalu dalam sehingga menyakiti baby anda. Kemudian lepaskan picitan lendiran dalam hidung anak anda akan disedut ke dalam alat ini.

Sesetengah alat penyedut mempunyai tiub kecil panjang yang memerlukan anda untuk menyedutnya secara manual. Ini akan merendahkan tekanan dalam aspirator dan lendiran dalam hidung baby akan disedut masuk ke dalam bekas.

3. Teknik Wap Panas

Hidung Baby Tersumbat
hot shower with flowing water and steam

Wap panas mampu mencairkan lendiran dalam hidung baby anda. Namun perlu berhati-hati jika ingin menggunakan teknik ini agar anda atau baby anda tidak melecur semasa proses rawatan.

Selain menggunakan wap daripada air panas, anda juga boleh melakukan teknik ini dengan membiarkan air panas dari pancuran mengalir ketika pintu bilik air panas dari pancuran mengalir ketika pintu bilik air tertutup. Setelah beberapa minit, bawa baby anda ke bilik air yang dipenuhi wap panas ini dan mandikanya dengan air suam.

4. Gunakan Pelembap Udara ( Air Humidifier )

Hidung Baby Tersumbat

Pelembap udara juga membantu melegakan hidung tersumbat baby anda. Alat ini menambahkan kelembapan udara dan memudahkan pencairan di dalam hidung. Ia juga membantu agar hidung baby yang sensitif tidak mudah kering serta mengelakkan iritasi.

Anda boleh letakkan alat ini di dalam bilik tidur atau bilik mainan baby anda untuk memberi kelegaan daripada hidung tersumbat. Titisan pati minyak atau minyak essential juga boleh ditambah ke dalam sesetengah humidifier yang juga dipanggil diffuser.

5. Urutan Wajah Dan Hidung Baby

Hidung Baby Tersumbat

Mengurut wajah dan bahagian hidung mereka boleh melonggarkan lendiran didalam hidung dan memudahkan ia keluar. Ini membantu melegakan hidung baby anda. Ini juga adalah salah satu petua hidung baby tersumbat. Urutan juga boleh dilakukan secara perlahan-lahan pada perut, dada, belakang, kaki dan juga tangan untuk memberi keselesaan dan merangsang deria baby anda. Tetapi ingat! Kulit dan tubuh baby lebih sensatif, jangan letak minyak atau bahan kimia sebarangan kerana mungkin boleh membahayakan baby anda.

6. Teknik Tepukan Atau Percussion

Hidung Baby Tersumbat

Kahak juga boleh terkumpul dalam saluran pernafasan. Untuk menguraikan kahak yang terkumpul, boleh gunakan teknik percussion iaitu menepuk belakang anak dengan tangan. Tepukan hendaklah dilakukan dengan bentuk cupping dan bukannya bentuk leper. Ini tidak menyakitkan bayi. Lakukan ini ketika bayi menyiarap dengan bantal lembut di alas pada perut. Pastikan hidung baby anda tidak tertutup. Lakukan percussion selama 15 minit pada bahagian belakang baby. Pastikan tidak melakukan tepukan ini selepas baby baru sahaja minum susu, ini boleh menyebabkan baby muntah.

7. Pastikan Baby Terhidrat Secukupnya

Hidung Baby Tersumbat

Baby yang hidungnya tersumbat sukar untuk minum susu. Oleh itu, ibu perlu pastikan baby tidak mengalami dehidrasi dengan menyusukan baby dengan kerap. Periksa juga lampin pakai buang untuk memastikan baby anda kencing. Baby yang tidak kencing mungkin menandakan kekurangan air dalam tubuhnya. Segera berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berlaku pada baby anda.

8. Tinggikan Kepala Baby Ketika Tidur

Hidung Baby Tersumbat

Posisi tidur baby hidung tersumbat juga penting untuk ibu bapa ketahui. Baby yang dibiarkan tidur menelentang biasanya lebih mudah mengalami hidung tersumbat. Oleh itu, alaskan kepala baby dengan bantal bagi mengurangkan gejala ini. Anda juga perlu meninggikan kepala baby dari badannya ketika memberinya susu supaya baby anda tidak tersedak dan lebih mudah bernafas.

Rujukan : https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/keibubapaan/hidung-bayi-tersumbat

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?