Apa Perlu Buat Semasa Ibu Hamil Pada Trimester Pertama? Ini 6 cara menjaga kehamilan anda.

Kehamilan adalah suatu saat yang ditunggu oleh setiap pasangan suami dan pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan tubuh sihat untuk memiliki zuriat.

Tahukah anda, penjagaan kehamilan trimester pertama adalah pertama adalah sangat penting dan perlu dijaga dengan betul. Dalam tempoh tersebut sebarang kemungkinan boleh berlaku seperti keguguran.

Begitu juga kesihatan fizikal dan mental anak yang bakal lahir sebenarnya dipengaruhi oleh penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga trimester ketiga.

Inilah Cara Menjaga Kehamilan Di Trimester Pertama

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu ketika menghadapi kehamilan trimester pertama. Menjaga kesihatan kehamilan juga adalah penting untuk menghindari gangguan yang terjadi pada ibu mahupun baby dalam kandungan.

1. Ibu Hamil Perlu Perbanyak Minum Air Putih

Ibu Hamil

Saat dalam kehamilan menjadi salah satu kewajiban yang perlu ibu lakukan untuk menjaga kesihatan baby dalam kandungan. Umumnya, ibu hamil perlu minum air putih sebanyak 8 hingga 10 gelas dalam sehari. Hal ini kerana tubuh memerlukan cairan lebih untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan baby dalam kandungan mereka.

Meminum air putih dapat menghindari ibu dari pelbagai gangguan pada air ketumban. Tentunya , air ketuban yang terlalu sikit atau terlalu banyak memberikan kesan yang kurang baik untuk janinnya.

2. Ambil Makanan Tambahan

Ibu Hamil

Disaat kehamilan trimester, tentunya ibu memerlukan nutrisi dan pemakanan yang lebih untuk perkembangan baby dalam kandungan. Jika tidak dititik beratkan maka kecacatan yang membabitkan organ tubuh baby terjadi pada trimester pertama. Oleh sebab itu, penjagaan kehamilan trimester pertama sangat penting pada masa ini.

Ada beberapa yang perlu ibu amalkan pemakanan iaitu mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. MomBooster dari produk YouBaby juga adalah makanan tambahan yang dapat membantu masalah ibu hamil seperti keletihan, lesu, mual dan kurang susu dalam badan.

Ibu Hamil

Mengapa perlu amalkan pemakanan ini? Kerana dapat membantu perkembangan baby yang sihat. Kepentingan karbohidrat dapat memberi tenaga kepada baby dan ibu hamil. Protein pula dapat membantu pertumbuhan dan pembinaan tisu tubuh baby dan ibu. Ibu juga perlu mengambil vitamin dan zat galian yang mencukupi bagi mencegah jangkitan penyakit pda janin dalam kandungan.

3. Tidak Terlalu Banyak Buat Aktiviti Lasak

Bagi wanita yang bunting pelamin, mungkin mereka tidak mempunyai ilmu kehamilan yang mencukupi hingga tak sedar diri sedang berbadan dua.

Akibat itu,mereka melakukan kerja-kerja berat lalu keguguran terutama yang mempunyai masalah rahim rendah. Jika merasakan diri sedang bunting pelamin, banyakkan berehat dan kurangkan kerja-kerja berat. Penjagaan trimester pertama sangat penting sehingga bersalin. Namun, risiko untuk keguguran adalah sangat tinggi di trimester pertama berbanding kedua dan ketiga.

4. Mengawal Emosi Dan Elakkan Stress

Ibu Hamil

Wanita yang hamil cenderung memiliki emosi yang sensatif dan mudah tersinggung. Oleh sebab itu, ibu perlu mempersiapkan diri supaya banyakkan bersabar dengan hal tertentu dan menangani secara berhemah. Secara tidak langsung, mood baby dan ibu sentiasa dalam keadaan baik.

5. Memerlukan Rehat Yang Mencukupi

Ibu Hamil

Sekiranya ibu berasa penat setelah melakukan sebarang aktiviti, rehatlah seketika. Jangan terlalu memaksa diri yang sedang berbadan dua itu. Kasihan pada baby dalam kandungan dan tubuh anda.

Bagi wanita berkerja, jangan terlalu memikirkan hal kerja hingga terbawa-bawa ke rumah. Sesampai sahaja dirumah berehatlah sebentar dan tenangkan fikiran anda. Ketika tidur, tidurlah dalam keadaan selesa dalam posisi tidur anda ketika hamil supaya tidur malam tidak terganggu.

6. Lakukan Gaya Hidup Sehat

Ibu Hamil

Disaat menjalani kehamilan ibu perlulah jalani gaya hidup sihat untukk menjaga kesihatan ibu mahupun baby dalam kandungan. Healthline melaporkan, tidak ada salahnya ibu hamil melakukan olahraga ringan secara rutin. Namun, jangan paksa sekiranya kesihatan ibu kurang baik. Selain itu, jauhi asap rokok dan minuman alkohol.

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?