Cara Hilangkan Kerak Rambut Baby Anda Dengan Mudah

“Bila dah botakkan kepala baby ni nampak jelas pula keraknya, tapi kenapa kepala baby berkerak? Apa nak buat ya?”

Awal kelahiran mungkin kita nampak seperti kelemumur nipis, namun keraknya akan semakin jelas kelihatan bermula pada 3 hingga 8 bulan. Kepala bayi nampak seakan bersisik atau berkuping dan melekat pada rambut. Kebiasaannya kerak ini tidak membahayakan cuma ia mengambil masa yang lama untuk hilang sekiranya dibiarkan.

KENAPA BAYI SAYA MEMPUNYAI KERAK KEPALA?

Kerak kepala pada bayi baru lahir dipercayai terhasil akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi semasa proses kehamilan. Hormon ini merangsang kelenjar untuk mengeluarkan cairan yang menyebabkan sel-sel kulit berkumpul membentuk lapisan.

Selain itu, faktor sejarah keluarga juga yang mempunyai ekzema turut dikaitkan dengan punca kerak kepala ini terjadi. Para ibu sentiasa melihat dengan keadaan kerak kepalanya. Sekiranya kerak kepala ini merebak ke muka, leher mahupun bahagian celah ruam lampin bayi, disarankan segera membawa bayi anda ke doktor kerena kemungkinan bayi mengalami ekzema.

5 Cara Hilangkan Kerak Kepala Bayi Dengan Berkesan

1. Guna Minyak Dan Sikat

Sediakan minyak yang sesuai untuk bayi untuk berkulit sensitif. Boleh sapukan minyak kelapa atau minyak zaitun. Biarkan beberapa minit atau beberapa jam. Kemudian bilas rambutnya sambil mengeluarkan kulit daripada serpihan kulit kepala dengan perlahan-lahan menggunakan sikat berberus halus.

2. Lapkan Rambut Atau Kepala Bayi

Letakkan minyak pada kain lampin atau tuala kecil. Kemudian gosok atau lapkan perlahan-lahan pada bahagian kepala bayi yang berkerak. Perbuatan seperti kopek dengan jari perlu dielakkan sebab ia boleh menjadi punca berlakunya jangkitan atau iritasi. Jangan terlalu kasar apabila menggosok kepala bayi kerana ia masih lembut. Takut berlakunya melecet dan semakin teruk sekiranya terluka.

3. Gunakan Syampu

Setelah disapukan minyak dan digosok kepalanya, boleh terus mencuci rambut bayi semasa mandi dengan menggunakan syampu yang sesuai seperti Shower Gel dari produk YouBaby. Semasa mencuci, longgarkan keruping dengan menggosok-gosok kerak kepala bayi dengan perlahan. Boleh juga menggunakan berus khas agar bayi lebih selesa.

4. Elakkan Bedak

Setelah mandi, elakkan menggunakan bedak di kepala bayi atau berhampiran kawasan yang berkerak, contohnya kening dan telinga. Ia boleh menyebabkan berlakunya pengumpalan bedak yang tersangkut pada bahagian hujung terbentuknya kerak.

5. Potong Pendek Atau Cukur Rambut Bayi

Walaupun sayang dengan rambut bayi, namun perbuatan ini sebenarnya lebih mudah dikendalikan apabila rambutnya pendek atau dicukur botak. Apabila rambut lebih pendek, kerandangan mudah diatasi dikesan dan dapat diatasi dengan cepat. Sebaliknya, ia boleh disorok di bawah rambut-rambut tebal lalu menyebabkan keradangan.

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?