Ibu Hamil Boleh Berpuasa Tetapi Elakkan 7 Tanda Bahaya Ini

Persoalan ini selalu dibangkitkan sama ada ibadah puasa boleh dilakukan bagi ibu hamil atau tidak. Malah kebimbangan ini selalu timbul setiap kali menjelangnya bulan ramadhan. Hakikatnya tiada jawapan yang boleh diberikan untuk menjawab persoalan ini. Oleh demikian, keadaan kandungan bagi setiap ibu-ibu adalah berbeza-beza. Namun, berpuasa ketika hamil boleh dianggap selamat sekiranya anda dan bayi dalam kandungan cukup sihat dengan tanpa sebarang masalah. Sesetengah hasil penyelidikan menunjukkan tidak dapat kesan atau hanya kecil kesan kepada bayi semasa ibu hamil berpuasa. Gambar dibawah menunjukkan beberapa hasil kajian mengenai berpuasa ketika hamil yang dilakukan :

Ibu hamil

Ibu Hamil Elakkan Berpuasa Pada 3 Bulan Pertama

Paras gula dalam darah bagi ibu hamil yang berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita tidak hamil kerana ibu hamil perlu membekalkan gula glukosa kepada bayi dalam kandungan. Keadaan ini memberikan ibu yang sedang hamil lebih cepat keletihan, mengalami loya dan muntah-muntah, terutamanya pada awal-awal kehamilan. Kekurangan air atau dehidrasi memberikan pendedahan pada ibu hamil kepada risiko untuk mendapat masalah darah beku. Ia disebabkan kepekatan darah lebih tinggi sewaktu mengandung. Selalunya ibu hamil pada 3 bulan pertama kehamilan tidak digalakkan berpuasa jika mengalami simptom yang teruk.

Ada beberapa faktor ketahanan untuk berpuasa bagi ibu hamil :

  • Tempoh Kehamilan
  • Faktor kesihatan wanita semasa mengandung
  • Waktu berpuasa
  • Keadaan Cuaca

7 tanda bahaya berpuasa semasa mengandung

Sekiranya Ibu dan kandungannya berada dalam keadaan sihat dan ibu-ibu ingin berpuasa, maka ibu-ibu boleh meneruskannya. Namun ada beberapa tanda bahaya yang perlu diperhatikan dan memerlukan bagi ibu hamil untuk berbuka puasa.

1. Mabuk Pagi Teruk

Ibu Hamil

Ia adalah normal bagi ibu hamil pada awal kehamilan yang mengalami mabuk pagi. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya dan muntah-muntah. Tetapi adakalanya mabuk pagi yang dialami boleh menyebabkan ibu hamil kekurangan tenaga. Jika ini berlaku kepada anda, dinasihatkan segera berbuka puasa. Sekiranya berkeras juga untuk berpuasa, kesihatan janin akan mengalami kemudaratan.

2. Hilang Berat Badan

Ibu Hamil

Kebanyakkan individu, lelaki atau wanita , menyukai bulan ramadhan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan. Tetapi jika ibu hamil dan berpuasa, tidak mengalami pertambahan berat badan atau berat semakin berkurangan, ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan juga bayi. Jika, keadaan ini berlaku, segera dapatkan rawatan daripada doktor.

3. Kurang Kecing Dan Kerap Rasa Dahaga

ibu hamil

Rasa dahaga adalah situasi yang normal ketika berpuasa. Tetapi bagi wanita yang berpuasa ketika hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, ianya adalah penyahidratan. Ia boleh menyebabkan terdedah kepada risiko jangkitan saluran kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan lain. Cara yang terbaik adalah berhenti berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.

4. Pening

ibu hamil

Ibu hamil yang mengalami sakit kepala atau pening menunjukkan anda mungkin mengalami keadaan tertekan atau keletihan. Jika anda sedang hamil dan berpuasa dan berasa pening, itu adalah tanda bahaya berpuasa yang tidak boleh diabaikan. Mungkin pening yang ibu hamil alami disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan. Sudah semestinya bahaya untuk mereka berbadan dua.

5. Bayi Kurang bergerak

ibu hamil

Ibu hamil yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu dan ke atas perlu memantau pergerakan bayi. Sekiranya bayi kurang bergerak, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor.

6. Hampir Dengan Due Date

Ibu hamil berpuasa mungkin akan mengalami kekurangan tenaga. Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika ibu sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin. Pada masa ini, ibu hamil perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak. jadi, tidak perlu berpuasa.

7. Kontraksi

Rasa lapar dan dahaga akan tercetus hidrasi bagi ibu hamil. Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu. Sekiranya anda berasa sakit seperti ingin bersalin. Ia mungkin tanda kelahiran pramatang. Maka, Ibu hamil perlu segera mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?