Kenali Punca Baby Batuk Berkahak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu!

Baby

Pastinya ibu bapa berasa risau tentang keadaan baby yang mengalami batuk berkahak. Mari ketahui punca dan kaedah untuk mencegah batuk berkahak supaya masalah ini dapat diatasi oleh ibu bapa. Anda juga boleh mendapatkan Baby Cream dari YouBaby untuk melegakan batuk kahak pada baby anda.

Sekiranya anak batuk

Batuk adalah refleks sukarela yang membantu anak membersihkan saluran pernafasan daripada lendir perengsa seperti zarah debu. Jadi apabila si kecil batuk, mengetahui puncanya dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil pulih dengan segera. Kebiasaanya, batuk akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh 3-4 minggu.

Baby

Fahami Jenis Batuk Berkahak

Seperti individu dewasa, bayi dan kanak-kanak boleh menghidap pelbagai jenis batuk.

  • Batuk basah (batuk dada/ chesty cough) – penumpukan lendir pada bahagian tekak atau dada dan boleh menjadi punca baby batuk berkahak
  • Batuk kering – Terjadi kerana tekak berasa gatal, umumnya ia tidak akan menyebabkan penghasilan kahak

Batuk juga boleh digambarkan sebagai akut atau kronik. Batuk yang dialami kurang 3 minggu dikategorikan sebagai akut dan biasanya disebabkan virus atau jangkitan. Manakala, batuk yang lebihi 8 minggu pula, doktor akan menganggapnya batuk kronik atau berpanjangan. Secara dasarnya, batuk ini mengikut keadaan kesihatan tertentu atau masalah kesihatan sedia ada seperti asma, refluks atau alahan.

Punca Baby Batuk Berkahak

Batuk terjadi akibat saluran pernafasan bayi mengalami iritasi atau terjejas dengan cara tertentu. Ia mungkin disebabkan penumpukan lendir berlebihan yang berkaitan dengan penyakit virus atau perengsa persekitaran seperti debunga atau asap. Ibu bapa juga boleh melihat simptom anak yang lain untuk membantu mengurangkan penyebabnya.

1. Selema & Flu

Terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menyerang si kecil anda. Antara kesannya, hidung tersumbat, demam, bersin dan sudah tentu, anak batuk. Rawatan yang boleh diberikan dengan keselesaan mereka dan menggunakan ubat over-the-counter bagi mengatasi demam dan kesakitan.

Baby

Tanda-tanda flu pada bayi termasuklah:

  • Demam
  • Mengigil
  • Sakit badan dan kepala
  • Sakit tekak
  • hidung tersumbat
  • Batuk kering

Baby juga mungkin akan mengalami sakit perut bersama muntah dan cirit-birit. Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antivirus jika keadaan itu dapat dikesan awal. Jika tidak, memastikan anak berehat, pengambilan cecair mencukupi serta penggunaan ubat untuk menggurangkan demam adalah rawatan yang boleh dilakukan.

2. Baby Batuk Berkahak #Kroup

Kroup merupakan infeksi yang akan menyerang tekak dan pita suara. Jangkitan kroup ini disebabkan oleh beberapa jenis virus termasuklah virus influenza, adenovirus serta virus demam campak. Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah mempunyai saluran udara yang lebih kecil dan mudah membengkak. Walaupun gejala setiap baby adalah berbeza, namun baby mungkin akan mengalami:

  • Hidung berair
  • Laringitis – kehilangan suara
  • Demam
  • Stridor – bunyi bersiul bernada tinggi ketika bernafas

Kroup ringan boleh dirawat di rumah dan untuk keadaan yang teruk, ia boleh diatasi dengan rawatan pernafasan atau steroid.

3. Pneumonia

Flu, selesema atau penyakit lain boleh berkembang menjadi radang paru-paru atau baby boleh terjangkiti melalui kanak-kanak atau individu dewasa lain yang mempunyai tertentu. Keadaan baby batuk berkahak ini adalah produktif kerana mengeluarkan lendir. Baby mungkin akan mengalami demam, keletihan, dan muntah atau cirit-birit. Rawatan yang boleh diberikan seperti antibiotik, pengambilan cecair tambahan dan rehat.

4. Batuk Kokol

Batuk kokol merupakan sejenis jangkitan pada sistem pernafasan. Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja namun lebih serius dalam kalangan kanak-kanak yang berusia kurang daripada 6 bulan. Punca batuk kokol ialah bakteria yang dikenali sebagai Bordetella pertussis. Pada tahap kedua, batuk baby anda akan bertambah teruk dan berterusan, batuk ini juga mengahasilkan bunyi ‘whoop’ dan kedengaran kering dan keras. Cara untuk mengatasinya ibu bapa perlu membawa baby ke hospital untuk mengambil antibiotik dengan segera.

5. Baby Batuk Berkahak #Asma

Baby

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan akan menjadi merah, bengkak dan menghasilkan lendir berlebihan. Virus juga menjadi pencetus asma biasa pada baby berusia 6 bulan ke bawah. Baby akan mengalami batuk berlarutan dan disertai dengan bunyi berdehit serta pernafasan berlebihan. Gejala yang akan dihadapi ialah:

  • Pernafasan akam jadi cepat
  • Masalah penyusuan atau makanan
  • Sering keletihan
  • Kulit menjadi pucat dan kebiruan

Rawatan tersebut memerlukan ubat asma tertentu.

6. Alergi

Baby juga boleh alami alahan terhadap makanan, bahan tertentu atau bermusim. Baby yang batuk juga boleh mengalami gejala alergi tetapi ia jarang berlaku. Sekiranya, ibu bapa mengesyaki bahawa baby anda ada alahan, saranan doktor perlu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan Doktor Jika Baby Batuk Berkahak

Baby

Tidak kira apa puncanya, jika baby anda mempunyai gejala berikut, hendaklah lakukan pemeriksaan doktor dengan segera:

  • Kesukaran bernafas
  • Sesak nafas
  • Demam panas melebihi 38°C untuk bayi bawah 3 bulan, dan lebih 39°C untuk bayi berusia 3 bulan ke atas.
  • Batuk berdarah
  • Masalah menelan
  • Sukar membuka mulut
  • Bengkak sebelah tonsil
  • Baby baru lahir batuk
  • Batuk berterusan 8 minggu
  • Batuk bertambah teruk dalam tempoh 3 minggu
  • Batuk dengan peluh malam atau kehilangan berat badan
  • Bayi batuk berkahak atau kering dengan berdehit atau pernafasan cepat

Sumber: https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/baby-batuk-berkahak-punca/

Subscribe to our Newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Share this post with your friends

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?